Prinsip-prinsip asas hubungan sesama insan

Assalamualaikum WBT.

Petua-petua yang bakal saya berikan ini mampu memberikan anda satu kuasa yang amat luar biasa sepanjang tempoh kehidupan anda. Mengapa saya katakan demikian? Kerana saya sudah praktikkan segala petua-petua ini dan sememangnya amat berguna didalam aktiviti sosial (muamalah) seharian. Terdapat 3 prinsip asas untuk berjaya dalam sebarang komunikasi samada vertical atau horizontal (kita dengan kawan setara/bawahan dan kita dengan bos/pihak atasan).

Prinsip Pertama:
Jangan mengkritik, menghukum atau merungut.

Prinsip Kedua:
Sentiasa berikan penghargaan yang tulus ikhlas dan murni.

Prinsip Ketiga:
Bangkitkan keinginan yang membara dalam diri orang lain.

Kesemua prinsip asas ini memerlukan usaha dalam aplikasi tindakan dan sikap kita sepanjang hari. Inilah peperangan jatidiri dalam diri kita sendiri. Setiap keputusan dan tindakan dapat menjadikan kita lebih baik atau lebih buruk. Penerangan terperinci setiap prinsip perlu dikupas dengan lebih bijak untuk tindakan yang lebih baik.

Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana untuk menjana pendapatan pasif yang berjaya melalui forex?

Asal buat jadi duit.. Part 2