Cara Solat Sunat Hajat Ringkas Serta Doa
Cara Solat Sunat Hajat Ringkas Serta Doa Foto :Islampos Ada ketikanya kita leka dan terlupa untuk memohon hajat kepada yang berhak sedangkan kita betul-betul berhajat kepada perkara tersebut. Apa kata kita memohon hajat kepada Allah SWT disamping usaha yang telah dibuat. Hajat tersebut boleh dibuat melalui solat Hajat dengan memperbanyakkannya, mudah-mudahan hajat kita dimakbulkan-Nya. Solat Hajat iaitu solat untuk meminta sesuatu hajat yang tertentu yang boleh dilakukan secara bersendirian mengikut keperluan hajat masing-masing. Ia juga boleh dilakukan secara berjemaah jika mempunyai hajat atau niat yang sama. Cara Mengerjakan Solat Sunat Hajat Solat hajat boleh dilakukan paling ringkas dua rakaat sehingga dua belas rakaat. Lafaz niat solat Hajat: Maksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Hajat rakaat kerana Allah Taala.” Bacaan Rakaat pertama – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Kafirun 1 kali (ringkas) atau 10 kali. Rakaat kedua – Surah al-Fati...