Posts

Showing posts from May, 2011

Fenomena Perubahan Warna Alam Pada Waktu Solat

Image
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi. Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada wakt...

1Malaysia: Ancaman Pluralisme Agama di Malaysia

BismiLlahirrahmanirahim, AlhamduliLlahi Rabbil `Alamin wa bihi Nasta`in, Wassolatu wassalamu `ala Sayyidina wa Habibina Muhammadinilamin wa `ala Aalihi wa Sohbihi Ajma`in. Muqaddimah, Definisi dan Premis Asas Tulisan ini adalah catatan ringkas pengamatan awal di sekitar tajuk yang dikirakan sudah cukup jelas dan terang maksudnya. Pun begitu, adalah dirasakan perlu makna beberapa istilah di dalam tajuk tersebut tetap diteliti kerana mungkin masih terdapat percanggahan tanggapan yang akhirnya menyukarkan kita mencapai suatu kesimpulan dan persetujuan, semata-mata kerana berbeza dalam mendefinisikan istilah. Sedangkan para hukama sudah sekian lama menegaskan kaedah bahawa, “Tidak wajar bertelingkah semata-mata kerana berbeza memahami istilah” (La Mushaahata fi al-Istilah). Merujuk kepada tajuk kita, jika istilah-istilah kuncinya tidak diperjelaskan, berkemungkinan besar kita tidak akan mampu bersetuju bahawa apa yang akan dibentangkan sebagai realiti-realiti yang wujud di Malaysia sudah ...