Doa untuk si mati..
الحمد لله وكفى، وصلاة وسلاما على عباده الذين اصطفى .. أما بعد : Setiap yang hidup pasti mati, samada anda mahu atau tidak.. bersiap sedialah untuk mati dan bertemu ALLAH, Tuhan pencipta manusia, alam, langit dan bumi. Al-Fatihah buat saudara Islam kita En. Omar Bin Hassan (Rumah No 33, Jalan Ilmu, Taman Guru Jaya) telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi.. baru balik menziarah arwah tadi, moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solihin.. Amin..... Sesungguhnya setiap manusia akan mengalami kesudahan. Betapa pun lezatnya dia merasakan kenikmatan hidup di dunia, betapa pun panjang umurnya, betapa pun dia memuaskan syahwat dan meneguk kenikmatan dunia, dirinya tetap akan mengalami kesudahan. Kematian! Itulah kesudahan tersebut. Sesuatu yang tidak dapat dihindari. Allah ta’ala berfirman, كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ “Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.” (QS. Ali Imran: 185) Seorang penyair berkata, كل ابن أنثى وإن طالت سلامته يوما على آلة حدباء محمول Seti...