Posts

Showing posts from May, 2008

Pulau Batu Putih

Image
Pulau Batu Putih kita kalah tetapi kita berjaya memperolehi Middle Rocks. Rais Yatim mengatakan situasi menang-menang. Tetapi mari kita lihat macamana rupanya Middle Rocks itu. Kecil je...itupun gambar ini di ambil ketika air pasang surut. Bila bumi mula mengalami kenaikan paras air laut , tenggelamlah Middle Rock. Apa pula kes Pulau Pisang?. Di sertakan di bawah satu e-mail rayuan seorang rakyat prihatin kepada seorang ahli Parlimen meminta keadaan Pulau Pisang di jelaskan di Parlimen. Kedaulatan Pulau Pisang Letters by Azmi Salam sejahtera YB, saya adalah seorang anggota TLDM yang pernah ditugaskan untuk memantau kehadiran petugas rumah api warga Singapura di Pulau Pisang. YB, Pulau Pisang adalah pulau yang tidak dihuni, dimana penduduk asalnya telah berpindah ketanah besar di Pontian, yang tinggal hanya dusun dan perkuburan yang tidak terjaga, Ia terletak di perairan Pontian Johor dan jauh daripada Singapura. Persoalannya mengapa kita yang telah 50 tahun merdeka ma...

Zakat

Katakanlah anda perlu membayar RM1,000 pendapatan cukai setiap bulan (ataupun RM12,000 setahun kalau anda bayar sekali gus). Anda hanya perlu bayar wang itu kepada pejabat zakat sahaja dan kirimkan resit bayaran anda kepada LHDN dan anggaplah bahawa cukai pendapatan anda sudah pun dilunaskan. Kenapa perlu berbuat demikian? Kalau anda bayar kepada LHDN wang itu pergi pada Kerajaan Persekutuan dan UMNO akan gunakan wang itu. Akan tetapi kalau wang zakat dibayar kepada kerajaan negeri, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat, kerajaan negeri yang simpan duit tersebut dan tentulah UMNO tidak dapat merasa wang itu. Fikirkanlah. Dalam Islam Zakat adalah wajib. Ini bermakna anda akan memenuhi tugas keIslaman anda dan turut membantu negeri pimpinan Pakatan Rakyat dan menafikan UMNO wang tersebut. Ini adalah laksana menggunakan serampang tiga mata. Baiklah, zakat hanya merupakan 2.5.% (inilah dia zakat harta ataupun zakat pendapatan. Cukai pendapatan adalah lebih tinggi lagi. Jadi...

Isu Karpal: Mengapa Melatah, Jika Sekadar Pandangan Semata-Mata !

Seluruh negara kini dikecohkan dengan isu Ahli Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh menghina Sultan. Ini berikutan tindakan Karpal yang dikatakan mempertikaikan campurtangan Sultan Perak terhadap pentadbiran kerajaan negeri dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, Datuk Jamry Sury baru-baru ini. Isu ini hangat diperkatakan, sehingga setakat hari ini sudah tiga laporan polis dibuat oleh pihak kerajaan terhadap Karpal. Sememangnya begitu bergegar politik negara dengan isu seperti ini. Tambahan pula, pihak kerajaan kini sememangnya sedang mencari-cari isu sensitif untuk memburuk-burukkan Pakatan Rakyat. Mereka mahu rakyat, terutamanya orang-orang Melayu sedar akan kesilapan mereka memberikan kuasa kepada pembangkang dalam pilihanraya umum ke-12 lalu. Apa yang lebih menggusarkan kita ialah sikap kerajaan yang kini beriya-iya benar memainkan isu perkauman dalam hal ketuanan Melayu. Rata-rata NGO yang berpihak kepada kerajaan kini kononnya sudah hilang keyakinan terhadap parti...

Car owners - Dont pump full tank of petrol

Image
Do not pump full tank of petrol Many of us are not aware that the petrol kiosk pump has a return pipe-line (in black ). When the petrol tank (in the car) reaches full level, there is a mechanism to trigger off the pump latch and at the same time a return-valve is opened (at the top of the pump station) to allow excess petrol to flow back into the sump. But the return petrol has already pass through the meter, meaning you are donating the petrol back to SHELL/ PETRONAS/ CALTEX/MOBIL. .........

NGO ISLAM SAMBUT BAIK KEPUTUSAN TIDAK PERLU BERITAHU KELUARGA JIKA PELUK ISLAM

Nyza Ayob Wed | Apr 30, 08 | 5:22:21 pm MYT KUALA LUMPUR , 30 April (Hrkh) - Pelbagai pihak menyambut baik keputusan Persidangan Penyelarasan Undang-undang Syarak/Sivil ke-18 yang sebulat suara berpendapat tidak perlu bagi seseorang yang ingin memeluk Islam memaklumkan hasratnya itu kepada keluarga terlebih dahulu. Pegawai dakwah di Islamic Information and Services Foundation (IIS), Shah Kirit Kokulal Govindji menganggap keputusan tersebut juga bertepatan dengan syarak. Katanya jika dilihat sejarah pada zaman Rasulullah s.a.w, beberapa orang sahabat baginda memeluk Islam secara sembunyi tanpa memaklumkan kepada keluarga masing-masing kerana dikhuatiri berlaku sebarang ancaman. Jelasnya, tindakan merahsiakan pengislaman tersebut bukan kerana 'Islam agama yang perlu dirahsiakan' tetapi dibimbangi berlaku pelbagai ancaman termasuk boleh mencederakan fizikal dan mendera emosi saudara baru itu. Tambahnya sekiranya dijadikan su...