Posts

Showing posts from January, 2016

Cara Solat Sunat Hajat Ringkas Serta Doa

Image
Cara Solat Sunat Hajat Ringkas Serta Doa Ada ketikanya kita leka dan terlupa untuk memohon hajat kepada yang berhak sedangkan kita betul-betul berhajat kepada perkara tersebut. Apa kata kita memohon hajat kepada Allah SWT disamping usaha yang telah dibuat. Hajat tersebut boleh dibuat melalui solat Hajat dengan memperbanyakkannya, mudah-mudahan hajat kita dimakbulkan-Nya. Solat Hajat   iaitu solat untuk meminta sesuatu hajat yang tertentu yang boleh dilakukan secara bersendirian mengikut keperluan hajat masing-masing. Ia juga boleh dilakukan secara berjemaah jika mempunyai hajat atau niat yang sama. Cara Mengerjakan Solat Sunat Hajat Solat hajat boleh dilakukan paling ringkas dua rakaat sehingga dua belas rakaat. Lafaz niat solat Hajat: Maksudnya: “Sahaja aku sembahyang sunat Hajat rakaat kerana Allah Taala.” Bacaan Rakaat pertama – Surah al-Fatihah 1 kali dan surah al-Kafirun 1 kali (ringkas) atau 10 kali. ...

Majalah MedaniagaPerlis di lancarkan pada Februari 2016

Image
Assalamualaikum dan salam 1Malaysia! Alhamdulillah! Berkat kesabaran dan kesungguhan team Medaniaga, akhirnya siap jugak edisi pengenalan Majalah MedaniagaPerlis. Ini hasil perbincangan daripada team Ames KedahNiaga dan beberapa sahabat yang mahu menjayakan projek majalah kali ini. Idea ini telah wujud lama dan pernah beberapa kali projek ini sangkut kerana kurang mendapat sambutan pada permulaan, tetapi berkat kerjasama dengan rakan-rakan perniagaan dan individu-individu tertentu, majalah ini berjaya disiapkan. Dengan niat ingin membantu ramai lagi usahawan yang hampir tertiarap pada zaman kegawatan ekonomi sekarang dengan jualan yang kurang memuaskan, kita sama-sama boleh maju bila berniaga berombongan! Percayalah! :-) Maklumat lanjut tentang iklan medaniaga boleh lihat di facebook.com/medaniatrading dan medaniaga.com.Semoga usaha kita diberkati ALLAH SWT. Ameen Terima kasih! :-)