Posts

Showing posts from October, 2014

Diri anda tiada duanya, tiada tiganya

Image
Motivasi: Dr H.M.Tuah Iskandar Al-Haj.... Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak  sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan. Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya. Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa...

Akibat Menduakan Suami, Darah Memancut Dari Rahim

Image
DALAM sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bermaksud: "Jika seorang isteri menunaikan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga kesucian dirinya (dari perbuatan tidak senonoh) dan taat kepada suaminya, ia akan masuk syurga melalui pintu mana saja yang dikehendakinya." Memang janji Allah, setiap yang berbuat dosa, balasannya diterima diakhirat kelak. Namun ada ketikanya terdapat juga dosa-dosa besar seperti berlaku curang terhadap suami, balasan seksanya sudah Allah tunjukkan di dunia lagi agar ianya menjadi iktibar kepada orang lain. Perkara ini diakui oleh seorang bidan kampung di selatan tanahair. Bidan tersebut telah menceritakan pengalamannya menyambut kelahiran anak yang dikatakan hasil hubungan sulit si isteri itu dengan bekas kekasihnya di luar pengetahuan suaminya. Bidan yang tidak mahu namanya disebut telah berpengalaman berpuluh tahun mengakui tragedi yang berlaku terhadap wanita berkenaan ketika melahirkan anaknya memang agak aneh dan luar biasa. ...

24 perkara jgn dilakukan

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia, Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara- perkara yang jangan :dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri: Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai Allah SWT. Jangan masuk ke bilik air tanpa mernakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia merbahayakan. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan,.    . Jangan; tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagl-pagi itu membuka pintu berkat): Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan. Jangan keluar rumah tanpa nia...