Posts

Showing posts from November, 2008

The Untold Story

Image
17 tahun bukan waktu yang pendek 17 tahun juga bukan waktu yang panjang Tetapi 17 tahun cukup untuk mencipta 100 fakta Bukti kewibawaan Islam agama memerintah Mentadbir dan membangun negara. 17 tahun rekod mentadbir negeri tanpa rasuah, tuan-tuan Di zaman manusia sanggup apa saja untuk hidup senang Menipu mencuri merasuah membunuh memurtad sekalipun Zaman materialisme hiburan gila-gila di kemuncak ini Di Kelantan kerajaannya bersih rasuah dan kroni Di Kelantan tiada judi untuk mempersia-sia ikhtiar manusia Di Kelantan tiada nite-club untuk menghina wanita Di Kelantan kadar jenayah paling rendah Di Kelantan aktiviti ekonominya di tangan Islam 100 fakta Kelantan 100 bakal mengubah Malaysia Kerja lima hari seminggu di Kelantanlah bermula Cuti bersalin 60 hari di Kelantanlah bermula Insurans kematian untuk seluruh rakyat warga emas juga Di Kelantan bermulanya -Takaful Kifalah 100 fakta Kelantan 100 bakal mengubah Malaysia Di Kota Bharu pasar basah paling besar dan canti...