SIKAP "WAJIB" BAGI MENCAPAI KEJAYAAN

YAKIN
Keyakinan diri merupakan satu faktor paling penting dan utama bagi mencapai kejayaan dalam apa bidang sekali pun.  Bagaimana baik sesuatu teknik, kemudahan dan latihan, ia tidak akan menjanjikan apa-apa kejayaan tanpa keyakinan diri.
Anda harus berfikiran positif dalam apa yang anda usahakan.  Jika anda yakin anda boleh, insyallah bolehlah anda lakukan.  Jika anda rasakan ianya tidak mungkin dapat dilakukan, maka gagallah anda !.
Perhatikan contoh orang yang boleh berjaya.  Apakah mereka itu "superman"?. Mereka juga seperti anda.  Kalau mereka boleh, kenapa tidak anda?

GIGIH
Setelah anda tanamkan sifat keyakinan dalam diri anda, maka mulalah usaha anda dengan gigih.
Adalah menjadi kelaziman alam, sesuatu yang baik tidak mudah untuk dicapai.  Ia memerlukan kegigihan dan kesabaran.  Anda akan bertembung dengan berbagai rintangan dan dugaan.

Orang-orang yang telah berjaya sebelum anda, juga menghadapi pelbagai rintangan.  Tetapi mereka telah berjaya.  Berkat kegigihan dan kesabaran mereka telah berjaya

SIFAT-SIFAT ORANG YANG BERJAYA

MEMPUNYAI MATLAMAT HIDUP
Ia mengetahui bahawa manusia dilahirkan ke dunia ini mempunyai matlamat hidup.  Ia sedar bahawa manusia dilahirkan bukan sekadar untuk memenuhi naluri zahir dan batin.  Ia insaf bahawa manusia dilahirkan dengan tujuan utama untuk beribadah kepada yang maha esa.  Menegakan ugama, berbakti kepada ibu bapa, mendidik dan membesarkan anak, berjasa kepada bangsa dan negara dan mencari kekayaan dan kemakmuran merupakan ibadah.
Mereka mempunyai matlamat yang khusus, jelas dan munasabah.
Dan ... mereka berusaha ke arahnya.
BERPENDIRIAN TETAP
Apabila sesuatu keputusan dibuat, ia tidak akan berganjak dengan keputusan tersebut walaupun menerima berbagai-bagai cabaran dan kritikan.  Ia tegas dan tepat dalam membuat sebarang keputusan.  Perancangan perniagaan yang telah dibuat dengan yakin,  tidak akan diubahnya melainkan ia benar-benar perlu dan terbukti dapat menghasilkan pencapaian yang lebih baik.
BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA
Sebagai pemimpin, ia bersedia memikul segala tanggungjawab bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga atas segala tindakan-tindakan yang telah dilakukannya.  Ia tidak akan menyalahkan orang lain apabila sesuatu tindakan yang dibuat menemui kegagalan.
BERANI MENGHADAPI RINTANGAN
Sebagai pemimpin e-networking yang baik, beliau berani menempuh segala rintangan dan cabaran dalam membentuk organisasi perniagaan.  Beliau juga sanggup menghadapi cabaran-cabaran tersebut dengan penuh ketabahan dalam melaksanakan sesuatu tindakan.
MEMPUNYAI DAYA KEPIMPINAN
Beliau mempunyai sifat kepimpinan yang baik dan sentiasa memberi bimbingan, motivasi dan nasihat yang positif dalam kumpulannya.  Beliau juga sentiasa mendampingi dan mengambil berat tentang prestasi ahli-ahli kumpulannya.
BERPERIBADI MULIA
Ia selalu menunjukkan tingkahlaku yang baik.  Keperibadiannya akan dicontohi oleh pengedar-pengedar bawahannya.
MENGHORMATI ORANG LAIN
Walaupun beliau sudah berjaya, beliau sentiasa menghormati orang lain.  Sifat sombong, bongkak dan takbur tidak wujud dalam dirinya.  Beliau sentiasa merendah diri dan tahu menghargai dan menyanjungi kejayaan orang lain.
PEMURAH DAN SEDIA MEMBANTU
Belau sentiasa bersedia untuk membantu sesiapa sahaja yang ingin berjaya,  walaupun mereka bukan dari kumpulannya.  Keikhlasan seperti ini akan melatakkan beliau sebagai orang yang disegani dan dihormati.
SEDIA UNTUK BELAJAR
Sebagai orang yang berjaya, beliau tidak pernah jemu untuk menimba pengetahuan dan pengalaman baru bagi meningkatkan dirinya.  Beliau tidak pernah menganggap dirinya sudah pandai dan lengkap.

SIFAT NEGATIF YANG MENGHALANG KEJAYAAN

Kalau ditanya kepada semua orang, pasti mereka akan berkata mereka inginkan kejayaan.  Tidak ada manusia di dunia ini yang inginkan kegagalan.  Tetapi masih ada yang gagal.  Pada masa yang sama ..... ramai yang telah berjaya
Sesuatu kegagalan bukanlah bererti garis penamat bagi sesuatu usaha.  Semua yang telah berjaya, suatu ketika dahulu pernah menghadapi kegagalan.  Namun mereka bangkit dan terus berjuang.  Mereka terus berusaha.  Mereka menganalisis diri mereka; mengenalpasti apa yang lemah, apa yang kurang, membetul apa yang salah dan kembali fokus ke arah matlamat yang diidamkan.
Kita telah membicarakan tentang sikap dan sifat wajib ada, untuk berjaya.  Mungkin sebahafian dari sikap dan sifat tersebut ada pada diri kita.  Tetapi kenapakah matlamat yang kita ingin capai masih kelihatan begitu jauh?  Apakah kelemahan-kelemahan yang masih kita miliki?  Apakah masih ada sikap-sikap negetif dalam diri yang menghalang pertumbuhan sikap positif yang diperlukan untuk mencapai kejayaan?
Cuba kita renungkan samada sikap-sikap tersebut masih ada pada diri kita.
KURANG SIKAP KEINGINAN YANG MELUAP-LUAP
Menentukan matlamat tanpa disertai dengan keazaman dan keinginan yang meluap-luap.  tidak cukup untuk menempuh rintangan yang bakal ditempuhi.  Jika kita sekadar mahukan sesuatu, ia akan beransur hilang setelah kita mula berdepan dengan cabaran dan rintangan.  Kita akan cepat berputus asa kerana keinginan dan keazaman kita tidak cukup kuat untuk menentangnya.  Akhirnya, matlamat kita akan berkubur begitu sahaja.
Tanya diri anda, apakah anda benar-benar mahukan sesuatu itu?.  Adakah keinginan anda meluap=luap?  Adakah ianya cukup kuat untuk menentang segala cabaran dan rintangan?

KERJA SEPARUH JALAN
Walau apa pun kerja yang anda usahakan. ia tidak akan menjadi sekiranya anda mempunyai sikap suka berhenti dipertengahan jalan.  Dalam perniagaan e-networking yang dibentuk ini kerja separuh jalan tidak akan membuahkan apa-apa hasil.  Telah terbukti bahawa mereka yang berusaha sambil lewa dan gemar berhenti separuh jalan, gagal mencapai sebarang kejayaan yang mereka inginkan.
KERJA BERTANGGUH
Suka menangguhkan kerja atau tindakan merupakan satu sikap negatif yang kerap menggagalkan seorang pengusaha e-networking.  Ramai yang telah menjadi mangsa "tunggulah dulu" ini.  Jika anda sentiasa bertangguh, anda akan melihat rakan anda ditaja oleh orang lain, pelanggan anda dirampas orang dan akhirnya anda menggigit jari.  Mengapa tunggu esuk, jika ia boleh dilakukan hari ini ?.
MALU DAN TAKUT DI KRITIK
Malu dan takut apa orang lain kata!  Ini merupakan satu sikap yang boleh membunuh semangat kita untuk terus mencapai matlamat.  Jika kita mempunyai sebarang ide atau rancangan yang baik, jangan malu untuk mencuba.  Jangan takut menghadapi kritikan.  Yakin pada diri anda.  Anggapkan kritikan yang akan diterima sebagai pendorong untuk anda terus mencuba.
MENCARI JALAN MUDAH
Pemasaran Rangkaian e-networking ini adalah satu perniagaan yang penuh cabaran.  Tiada jalan mudah untuk sampai kepuncak.  Apabila anda cuba mencari jalan pintas,  penumpuan anda kepada usaha kearah kejayaan akan tergugat.  Sebaliknya anda akan sibuk dalam mencari jalan senang untuk memperolehi kekayaan dan mula mempunyai sikap malas berusaha bersungguh-sungguh.

Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana untuk menjana pendapatan pasif yang berjaya melalui forex?

Asal buat jadi duit.. Part 2