Petikan kata-kata : Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary



A very interesting article, a bit long but worth reading J
 
Petikan kata-kata  :  Y. Bhg Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

L/belakang Syed Mokhtar
-     Umur : 53 tahun
-     Pendidikan : SPM
-     Mula berniaga : 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
-     Kekayaan : RM1,425 juta

 -     Ke 7 terkaya di Malaysia
-     Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
-     Antara syarikat miliknya : MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS,  Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
-     Kereta - Proton Perdana  


-     Sumbangan sosial : Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk  3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas  tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1  juta untuk  Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia  yang  tak mampu untuk tunaikan haji.

-     Bagaimana sumbangan sosialnya bermula : Bila mana ibunya  menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah  syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00)  ibunya simpan.  Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke  surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan.  Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang  kita kenali hari ini.

1.     Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda  sosial dan  kerja-kerja  kemasyarakatan  itulah  antara  sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2.     (berkenaan  know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang  Melayu kena berdamping  dengan  orang  politik  sedikit-sedikit.  Tapi masalahnya kita  tidak  mahu  melalui  kesusahan; banyak yang mahu senang  dengan  mendampingi orang politik semata-mata.

3.     Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam  saudara  semua  juga.  Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja.  Proses  kematangan  saya  yang membezakannya.  Saya percaya sesiapa pun boleh  menjadi  apa  sahaja  asalkan  mereka  berusaha  dengan tekun.  Tetapi  tentulah ia memakan masa.  Tiada jalan singkat.

4.     Saya  mengenali  kekuatan  dan kelemahan saya.  Apa yang tidak  mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan.  Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5.     Kita  perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh  lebih  maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang  faham  kita  berkongsi  dengan  tujuan untuk belajar dengan mereka.  Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6.    Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok.  Kita kena maju.

7.    Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8.     Untuk  memajukan  perniagaan,  memang  kena  banyak  sabar  dan kuat  berusaha.

9.     Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini  sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10.    Saya  pun suka kemewahan.  Saya pun suka tengok dunia, ke  Tokyo, New York  dan  London.   Saya pun suka pakai baju elok.  Tapi kita  hendak  bermewah  setakat  mana,  hendak pakai baju banyak mana, hendak  tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?

11.    Dalam  hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di  atas, ada masa di bawah.

12.    Ketika  Allah  memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah,  tengok mana-mana  yang  boleh dibantu.  Allah beri rezeki melalui kita  untuk  kita  tolong  orang  lain.  Rezeki itu bila-bila masa dia boleh
ambil  balik.  Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke  bawah  mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13.    Korporat  Cina  turun  ke  bawah  membantu.  Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah.  Orang Melayu  kita  tidak   mahu  bekerjasama  kerana  perasaan  dengki  menguasai  diri.  Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah

14.    Rezeki  yang ada itu sebenarnya untuk orang lain.   Memang  dari segi  hukum  pun  begitu.  Kita kena keluar zakat dan fitrah.  Tetapi  zakat fitrah  banyak  mana sangat.  Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja.  Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya  dibelanjakan dengan baik.

15.    Saya  tak  kisah kalau saya tak buat semua ini.  Saya boleh tak buat apa-apa  dan balik ke Alor Star.  Tetapi saya rasa hidup ini sia- sia.  Orang  Kedah  kata  kalau  mati  nanti  mata tidak tutup rapat  kerana tanggungjawab  depan mata kita tidak buat.  Orang lain ambil kekayaan kita,  ambil  hak  kita  dan  pergunakan  kita, kita masih tidak  buat apa-apa !

16.    Saya  ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan  ummah.  Saya bukan  individualistik. Diri saya tidak penting.  Pangkat dan  gelaran  ini kepada saya tidak mustahak.

17.    Saya sedih media tonjolkan saya begini.  Saya malu kerana orang Cina  kaya  beratus-ratus  kali  ganda  daripada saya. Tapi saya tahu orang  Melayu  kalau  hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam.  Kita  ada  kekuatan  yang  tuhan  beri melebihi daripada bangsa  lain.  Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18.    Saya asal daripada tidak ada apa-apa.  Apa yang saya tidak  tahu saya  belajar,  minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya  mencuri.   Saya  usaha  sendiri.   Sikap  pemalas dan pemalu ini yang  orang  Melayu  kena  atasi.   Kita kena berani kerana benar.  Apabila  kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19.    Kaya  itu  bukanlah  kepada  diri  sendiri.   Kaya itu adalah kepada  kumpulan  perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20.    Saya  tiada  keinginan  untuk  menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri.   Duit ini tidak akan kekal.  Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal.  Bukan duit yang akan  melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21.    Saya  perlu  terus  mencari  peluang dan perniagaan lain supaya kita terus  dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22.   Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu.  Apa yang saya  dapat  itu  yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu  semua. Bangsa  lain  memegang  pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun  tak  kata  apa.  Ini  masalah  orang Melayu.  Di kampung orang  Melayu
berpecah kerana politik, di bandar  berpecah kerana ini (wang).

23.    Saya  percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk  saya tetapi untuk orang ramai juga.  Orang tidak tahu banyak syarikat  yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang  tidak tahu.

24.    Banyak  orang  percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam  tangan  baru hidup boleh selamat.  Ini yang menyebabkan mereka hanyut  daripada  menolong  orang  lain.   Mereka lebih takutkan diri sendiri.    Mereka   lupa   bahawa   kekayaan  tidak  boleh membantu selama-lamanya.

25.    Orang  kata  saya takda duit tapi banyak hutang. Orang  berniaga mana  yang  tak  berhutang.  Tapi  mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula.  Ada cara boleh kita buat.  Tapi  sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.  Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26.    (perasaan  setiap kali mendapat rezeki).  Saya ini kata orang Kedah,  lebai  kodok bukan lebai pondok.  Tapi saya tahu hal-hal asas.  Kalau  mahu  saya  minta  terus  dari  tuhan.   Tuhan  beri manusia akal dan fikiran.   Kalau  hendak  pakai  baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27.    Kesenangan  yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab  (bila pinjam  bayar balik dan buat amal jariah).  Kalau hendak dibandingkan dengan  bangsa  lain,  perniagaan  saya  ini  tidak  ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28.    Saya  suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain  boleh berkongsi sama.

29.    Saya  kadang-kadang  kecewa  dan  sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya  lupa  diri  setelah  mendapat kekayaan.  Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak  boleh lupa  kubur  kita  dan  asal  usul kita.  Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30.    ...kalau  tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi  nakal.  Saya manusia  yang  banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf,  beristighfar dan  jalan  lagi.  Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31.   Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32.    Kekayaan  ini  tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain  pula.   Saya  percaya  kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita  tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.

33.    Kalaupun  tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.

34.    Kita  jangan cepat putus asa.  Putus asa boleh tapi kena cepat- cepat kuatkan  semula  semangat  untuk bangkit balik.  Jangan jadikan agama hanya   satu   tempat  untuk  kita  bergantung  apabila  kita  susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35.    Lifestyle :  Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan  sini.  Tapi  tak  semestinya  saya tidak boleh turun ke kelab.  Orang  Melayu  kalau  hendak  ke  depan mesti ada cara hidup yang  fleksibel, boleh naik dan turun.

36.    Lifestyle  ini  sebenarnya satu penyakit.  Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta  nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37.    Tiada  sebab  orang kenapa Melayu tidak boleh maju.  Ini saya berani  perang  dengan  sesiapa  pun.  Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini.  Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38.   Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan  agama  kita.   Ia  berkait dengan sikap dan cara kita  berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita.  Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.

39.    Tuhan  memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat.  Apa yang  ada  pada  saya  ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak  ada  sebab  orang  lain  terutama mereka yang dari pekan  tidak  boleh.

40.     Kita  tidak  usahlah  selalu  mengulang-ulang  perkara  yang  boleh memberikan  kesan  psikologi  negatif kepada orang Melayu (kereta dan  rumah  besar).  Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan  rumah  besar.   Sesiapa  pun  mahu  pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41.    Orang  Melayu  sebenarnya  kena  membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42.    Sikap  merendah  diri  perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43.   Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44.    Saya  sendiri  berhutang   sambil  berniaga  dan buat sumbangan amal jariah.   Saya  tak  mahu  tunggu hutang habis baru hendak buat semua  ini.  Saya  takut  kalau  hutang  habis saya pun mati dan apa pun  tak sempat saya buat.

45.   Saya biasa saja.  Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima  apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah.  Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46.    Kalau  kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan  hidup mereka  menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak.   Alhamdulillah,  lebih baik buat sedikit daripada tidak buat  langsung.

47.   Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang.  Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai.  Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48.   Saya gembira dapat membantu.  Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa.  Saya tahu bagaimana  perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti  beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa.  Itu yang membuat hati saya seronok.

49.   Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini.  Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi.  Saya  rasa kita terlalu banyak ketinggalan.

Tambahan


i.    Tun Dr. Mahathir : Untuk  berjaya, kita hendaklah mengharapkan pertolongan tuhan.
Kalau dah berjaya, kita bersyukur.  Kalau tak dapat, kita tak kecewa.

ii.  Robert T. Kiyosaki : Every one has a dream to succeed.  In order to succeed, you must have a will and skill. Otherwise you will be ill.  At the end of the day, your dream will be killed.


Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana untuk menjana pendapatan pasif yang berjaya melalui forex?

Asal buat jadi duit.. Part 2