Buat Renungan Kita Bersama...Teman..Sahabat...dan Kawan

Teman

- slalu mendampingi kita tatkala kesenangan datang menghampiri
- boleh di bawa berbincang ketika kita dilanda sesuatu atau masalah
- mampu membuat kita ketawa tetapi tidak mampu untuk berkongsi ketika sedih
- suka meminta dan berkongsi tetapi lari meninggalkan kita apabila kita kosong dan tiada apa mampu untuk diberi
- berkongsi kejayaan ketika kita di hadapan tetapi menusuk duri apabila berada di belakang


Kawan

- hanya sekadar untuk sementara waktu dan ketika diperlukan
- hadir umpama embun dan hilang setelah terbitnya mentari
- sekadar untuk melepaskan tekanan dan bergembira


Sahabat

- boleh dikatakan dimana ada kita di situ ada dia
- ibarat bulan dan bintang slalu bersama..tidak kira walau apa jua
- tidak menikam dan tidak pula mengejek di kala kita kesusahan
- setia dan selalu menyokong diri kita
- tidak pernah menyalah anggap dan selalu menafsir yg baik-baik sahaja

sedarlah wahai insan..
walaupun kita mempunyai berjuta kawan sekalipun..masih tidak mampu untuk menandingi erti maksud seorang sahabat..kerna dia ibarat cahaya yang selalu ada untuk meneman dan menyuluh jalan kita yang selalu dalam gelap gelita..

fikirlah..

Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana untuk menjana pendapatan pasif yang berjaya melalui forex?

Asal buat jadi duit.. Part 2