ANTARA DUA TETAMU
Artikel ni saya kita memberi banyak kesedaran jika kita baca, hayati
dan tanya diri kita sendiri...
ANTARA DUA TETAMU
"Dua tetamu sedang berjalan di hadapan anda yang sedang menunggu di
pintu rumah.
Seorang yang lebih mulia berjalan di hadapan sementara yang seorang lagi
berjalan
di belakang. Siapa yang patut di alu-alukan dahulu? Tentu yang di
hadapan. Bukan
sahaja kerana kemuliaannya tetapi kerana dia berada di hadapan. Tentu
kurang
beradab jika mengalu-alukan tetamu yang di belakang tetapi indah tak
indah dengan
yang di hadapan...
Begitulah kita selalunya. Puasa baru bermula, sudah sibuk nak raya.
Puasa baru
sehari dua, lagu-lagu Selamat Hari Raya dah berkumandang. Kad ucapan
Hari Raya dah
bertimbun. Ada yang dah sibuk menbeli belah. Nampak sangat gopohnya kita
nak raya
dan seolah-olah berkata kepada Ramadhan yang mulia... cepat-cepatlah
pergi!
Ghairah nak kan kuih sedap, ada ibu bapa yang sanggup minta anak berbuka
puasa
untuk merasa kuih masakannya. Ada yang berbuka lepas azan Zohor akibat
lelah
selepas mengacau dodol. Saf-saf sembahyang terawih kian susut. Lailatul
Qadar dah
dimeriahkan dengan pelita api, bukan pelita hati. Roh Ramadhan dilayukan
dengan
semangat raya.
Orang-orang soleh dahulu sayu apabila Ramadhan berlalu. Hati mereka
merintih,
bagaimana dengan puasa yang telah dipersembahkan kepada Allah? Puasa
sekadar lapar
dahaga? Sedangkan hati, akal, nafsu masih bermaharajalela? Mereka mula
bimbang,
kerana sebaik Syawal menjelang, musuh ketat yang dirantai dibebaskan
semula.
Syaitan mula beroperasi semula. Kalau semasa Ramadhan, melawan nafsupun
tewas,
apalagi bila nafsu dan syaitan bekerjasama. Lalu mereka pun berdukacita.
Namun bila takbir raya bergema, mereka menangis hiba. Syukur berpadu
sayu. Syukur,
kerana Allah masih izinkan mereka menyambut hari kemenangan walaupun
merasa gagal
berpuasa dalam ertikata yang sebenarnya. Ya, mereka malu kepada Allah
kerana
menerima kurnia yang tidak layak mereka terima. Mereka terasa bagaikan
anak nakal
yang diberi hadiah oleh ibu bapanya.
Itu orang-orang soleh. Kita bagaimana? Sudah tahu gagal berpuasapun
tetapi beraya
macam menang. Sebab itu bila merayakan Hari Raya makin jelas '
kekalahan-kekalahan' kita. Orang bersyukur dengan sembahyang, kita
menyanyi.
Pendedahan aurat, pergaulan bebas dan macam-macam kemungkaran berlaku
atas nama
Hari Raya. Nikmat Allah kita kufuri. Lalu Hari Raya, menjadi hari
melahirkan
'kekufuran' (kederhakaan). Hakikatnya, arus nafsu hanya diempang
sepanjang
Ramadhan, untuk dialir selaju-lajunya di Hari Raya.
Aduh! Kalau begini, selamatkah kita di Hari Raya? Ya, 'hari' raya dah
tentu
selamat tetapi 'orang' raya belum tentu selamat. Bukan saja selamat tak
accident
dalam perjalanan pergi dan balik ke kampung dunia tetapi selamatkah kita
di
kampung Akhirat? Justeru selamatnya kita di sana , ada kaitannya dengan
cara kita
berpuasa dan menyambut Hari Raya di sini. Di sanalah (Akhirat) hakikat
Hari Raya
yang sebenarnya.

Comments