LAILATUL QADAR

Assalamualaikum,

Baru-baru ini saya mendengar ceramah ugama yang disampaikan oleh Ustaz Wan Sohor Bani Leman sempena hari Nuzul Quran.

Beliau memberitahu bahawa mengikut kajian Imam Al Ghazali Rahimahullah LAILATUL QADAR akan berlaku pada malam seperti berikut:-

Jika puasa bermula hari Ahad atau Rabu, Lailatul Qadar berlaku pada malam 29 Ramadhan

Jika puasa bermula hari Isnin, Lailatul Qadar berlaku pada malam 21 Ramadhan.

Jika puasa bermula hari Selasa atau Jumaat , Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Ramadhan

Jika puasa bermula hari Khamis , Lailatul Qadar berlaku pada malam 25 Ramadhan

Jika puasa bermula hari Sabtu, Lailatul Qadar berlaku pada malam 23 Rramadhan

Namun begitu Menurut Ibnu Abbas Radhiallahuanhu , Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Rramadhan setiap tahun.

Kenyataan diatas adalah bertepatan dengan sabda Nabi S.A.W yang menyarankan kepada kita supaya MENCARI LAILATUL QADAR pada malam-malam yang ganjil pada 10 malam terakhir didalam bulan Ramadhan iaitu malam-malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadhan.

Apa yang PENTING marilah kita sama-sama MEMPERTINGKATKAN AMALAN kita pada bulan Ramadhan terutama malam-malam yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W.

Pentingkanlah “ SALE ” DIBULAN RAMADHAN daripada Sale dipasaraya.

SELAMAT BERPUASA DAN BERAMAL, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Bagaimana untuk menjana pendapatan pasif yang berjaya melalui forex?

Asal buat jadi duit.. Part 2